Friday, 25 November 2016

PROSES PENGENDALIAN PROGRAM KURSUS PELESENAN VOKASIONAL

Pemanduan Kenderaan Barangan Kelas E (Lori) dan GDL

Hasil Pembelajaran

Jadual Latihan






OBJEKTIF KURSUS

Objektif pertama dalam kursus satu bulan ini adalah dari segi mentality kebanyakan peserta ataupun "mengubah minda" mereka.

- Kerajaan memang berhasrat melihat rakyat maju dari segi aspek ekonomi, sosial, pembangunan fizikal dan lain-lain.

- Ini adalah contoh mengapa kumpulan sasaran juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesuatu program ataupun inisiatif itu Berjaya ataupun tidak.

- Asas objektif mahu mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan, ketinggalan dari segala serbi, baik kemudahan asas serta kemudahan-kemudahan lain.

- Memiliki potensi ekonomi yang besar dan dalam jangka panjang, mereka akan dapat berdikari sepenuhnya dari segi social dan ekonomi.

- Kerajaan berhasrat memperkasakan masyarakat luar bandar untuk membolehkan mereka mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat demokratik dan mampu menguasai pembangunan sendiri.

- Meningkatkan keperkasaan masyarakat untuk meningkatkan kesejahteraan kehidupan.

- Mengurangkan kebergantungan tenaga asing dalam Industri Pengangkutan.

- Memberi pekerjaan kepada orang tempatan

- Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara melalui industri pengangkutan.

- Membasmi kaum Bumiputra miskin tegar untuk mendapatkan lesen dalam dua kategori lesen vokasional.

- Dapat merealisasikan misi kerajaan untuk mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan       belia di luar bandar dan pada masa yang sama menawarkan mereka kursus seperti ini supaya mereka memdapat pekerjaan yang lebih menjamin masa hadapan mereka.

- Pelan pembangunan dan pelaksanaan bagi memastikan golongan luar bandar khususnya belia mendapat pembelaan dan juga perhatian yang sewajarnya...

- Diatasi sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang disasarkan.


No comments:

Post a Comment